Perak

Perak

Putera MIC dengan kerjasama pelajar-pelajar IPT dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tunku Abdul Rahman, Politeknik Ungku Omar, IPG Kampus Ipoh dan TAJ International College telah mengadakan sesi kedua program "Thisaimaara Kanavugal 2016" di Perak. Butiran program adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2016 (Sabtu).
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.
Tempat : SMK Buntong & SMK Sungai Pari.

Seramai 86 mentee dari SMK Buntong, SMK Sungai Pari dan SMK Seri Puteri telah melibatkan diri dalam program ini. Program ini telah memberi pendedahan mengenai bimbingan kemahiran insaniah dan penyesuaian diri kepada mentee.

Mentor dan Mentee telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini

admin

Leave a Reply

Close