Penang

Penang

Penang

Putera MIC dengan kerjasama YB Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan “Training Of Trainers (TOT)” bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengendalikan program “Thisaimaara Kanavugal 2016” di negeri Penang. Butiran program adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 16 Julai 2016 (Sabtu).
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Tempat: Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Tetamu Kehormat: YB Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I.

Seramai 100 pelajar dari Politeknik Seberang Perai telah mengambil bahagian dalam program ini. Pelajar-pelajar ini telah diberi tanggungjawab untuk mendidik adik-adik mereka (mentee) yang masih berada di SMK ST. Mark bagi mewujudkan masyarakat India yang berketerampilan, bersahsiah dan berilmu pada masa hadapan.

Tujuan TOT: Membincangkan Modul Persembahan bersama mentor bagi mempertingkat dan memperteguh kefahaman tentang pelaksanaan program “Thisaimaara Kanavugal 2016” di peringkat sekolah. Antara modul yang telah dibincangkan adalah seperti yang berikut:

i. Bimbingan Motivasi
ii. Bimbingan Akademik
iii. Bimbingan Kerjaya
iv. Bimbingan Penyesuaian Diri
v. Bimbingan Tingkah Laku
vi. Bimbingan Ketahanan Fizikal Dan Mental
vii. Bimbingan Minda Kelas Pertama
viii. Bimbingan Kaunseling
ix. Bimbingan Kepimpinan Dan Masa
x. Bimbingan Kemahiran Insaniah

Pelajar-Pelajar Politeknik Seberang Perai telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa sesi persembahan modul ini.

admin

Leave a Reply

Close