#OlaCampus 2.0 - Diskusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia Bersama Barisan Mahasiswa India

#OlaCampus 2.0 - Diskusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia Bersama Barisan Mahasiswa India

#OlaCampus 2.0 – Diskusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia Bersama Barisan Mahasiswa India

Diskusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia Bersama Barisan Mahasiswa India telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 400 mahasiswa daripada beberapa institusi pendidikan tinggi telah hadir dalam diskusi ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC diikuti Majlis Penutup yang disempurnakan oleh YB Dato P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I.

Perkongsian dan pembentangan daripada YBhg Prof. N.S Rajendran dan Dato Thaiveegan, Pesuruhjaya Polis antara kemuncak dalam program anjuran Putera MIC Kebangsaan ini.

Putera MIC ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden MIC dan YB Timbalan Menteri Pendidikan atas kesudian untuk hadir ke program ini.

Untuk lebih banyak gambar , sila ke pautan ini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1188783451254266&id=508922599240358

admin

Close