Masalah 600 ketua cawangan didengari pemimpin tertinggi MIC

Masalah 600 ketua cawangan didengari pemimpin tertinggi MIC

Masalah 600 ketua cawangan didengari pemimpin tertinggi MIC

KUALA LUMPUR - Sebanyak 600 ketua cawangan parti MIC dari Selangor dan Pahang berkumpul dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara hari ini untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara mereka dan pimpinan tertinggi pusat parti itu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata, program yang dibuat khusus untuk para pemimpin parti dan pucuk pimpinan di peringkat akar umbi itu mampu memberikan hasil positif dalam memperkuatkan lagi parti komponen Barisan Nasional itu.

“Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pimpinan pusat untuk mengumpul mereka bagi mendengar setiap permasalahan dan pandangan ahli bagi memperkasakan parti.

“Hari ini saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 600 ketua cawangan yang hadir dari Selangor dan Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis tersebut di Ibu Pejabat MIC di sini.

Turut hadir ialah Bendahari MIC Kebangsaan, Datuk Seri S. Vell Paari; Ahli Majlis Tertinggi, Datuk S. M. Muthu, Datuk R. S. Maniam, R. Gunasegaran, V. Gunalan dan V. Nagaiah serta Ketua Putera Kebangsaan, M. Yuvaraja. - K! ONLINE

admin

Leave a Reply

Close