Launching

Launching

Launching

Putera MIC dengan kerjasama YB Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan “Majlis Pelancaran Program Thisaimaara Kanavugal 2016” di peringkat kebangsaan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Auditorium, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Tetamu Kehormat : YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC
Tetamu Khas : YB Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah merasmikan majlis ini dengan melancarkan “Modul Program Thisaimaara Kanavugal 2016”. Modul ini terbahagi kepada 10 elemen transformasi pelajar iaitu Bimbingan Motivasi, Kerjaya, Akademik, Penyesuaian Diri, Ketahanan Fizikal Dan Mental, Tingkah Laku, Kaunseling, Kepimpinan Dan Masa, Kemahiran Insaniah dan Minda Kelasa Pertama. Modul ini telah dihasilkan oleh Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) semasa program “Training Of Trainers (TOT)” di Kuala Kubu Bharu pada 20-22 Mei 2016.

Seramai 550 pelajar India Tingkatan 4 dan 5 telah mengambil bahagian dalam majlis pelancaran ini. Pihak penganjur telah menyediakan taklimat mengenai peluang-peluang pendidikan yang sedia ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada para peserta.

admin

Leave a Reply

Close