Kedah

Kedah

Putera MIC dengan kerjasama pelajar-pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengadakan sesi pertama program "Thisaimaara Kanavugal 2016" di Pulau Pinang. Butiran program adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: SMK St. Mark, Butterworth.

Seramai 47 mentee dari SMK St. Mark, Butterworth telah melibatkan diri dalam program ini dengan bimbingan 25 orang mentor. Program ini telah dimulakan dengan senamrobik (ice-breaking) dan ia diteruskan dengan pendedahan modul iaitu mengenai bimbingan Emosi & Ketahanan Fizikal dan Mental kepada mentee.

Mentor dan Mentee telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

admin

Leave a Reply

Close